MAKNA WARNA DALAM LOGO PERNIAGAAN YANG PERLU ANDA TAHU


Tahukah anda warna adalah sesuatu yang boleh menangkap mata seseorang yang melihat?

Ada kajian yang telah dijalankan pada nilai warna dan kesannya pada minda manusia. Ia adalah satu fakta bahawa setiap warna menyebabkan reaksi yang berbeza.

Berikut adalah makna sesuatu warna:-

  • Merah : Semangat, agresif, kehangatan, haba, bahaya atau pencerobohan. Ia juga dapat meransang selera makan yang menjelaskan mengapa ianya banyak digunakan dalam banyak restoran dan logo produk makanan.
  • Oren : Inovasi dan pemikiran moden, membawa kepada keseronokkan, kemampuan.
  • Kuning : Perlu hati-hati digunakan kerana mempunyai beberapa maksud negatif termasuk menandakan sebagai amaran. Tetapi ia adalah warna cerah, mesra dan warna yang mampu meransang selera makan.
  • Hijau : Syarikat guna apabila menekankan unsur semula jadi seperti makanan organik dan vegetarian. Maksud lain juga adalah pertumbuhan dan kesegaran yang popular dengan produk kewangan.
  • Biru : Salah satu warna yang banyak digunakan dalam logo syarikat. Membayangkan sebagai profesionalisme, berfikiran serius, integriti, keikhlasan, tenang, kuasa dan kejayaan. Sebab itu ia popular dengan institusi kewangan dan badan kerajaan.
  • Ungu : Royalti, kemewahan, kebijaksanaan, maruah, dan warna kekayaan.
  • Hitam : mempunyai personaliti berpecah iaitu tunjukkan kuasa dan kecanggihan dan sisi lain pula menunjukkan kejahatan dan kematian.
  • Putih : Kesucian, kebersihan, kesederhanaan dan kenaifan. Banyak syarikat akan memilih untuk mempunyai versi warna dan versi putih untuk logo mereka. Sebagai contoh, Coca-Cola muncul dalam putih pada tin merah tetapi digunakan dalam merah apabila diperlukan pada latar belakang putih.
  • Coklat : Maskulin dan sering digunakan untuk kehidupan luar bandar dan di luar rumah.
  • Merah jambu : Menyeronokkan dan feminin. Ia selalu dielakkan untuk produk bukan untuk wanita.

Kesimpulannya, warna memang sangat memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita.

Bagi seorang usahawan dan ahli perniagaan, warna logo perniagaan juga tidak kurang pentingnya. Ia perlu diambil berat kerana logo perniagaan yang cantik dengan warna yang sesuai akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk berurusan dan membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan membuat reka bentuk logo perniagaan, sila layari laman web www.LogoPerniagaan.com